"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid "
kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya
emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar
selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah
sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah
masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia
dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah
sujud fikir aku.
" Kenapa? " tanya Abah.
" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih
menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?
"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku
ini.
" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid
bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. pandai, " sambung
Abah memaki lagi.
No comments:
Post a Comment