Friday, 3 March 2017

Kota Kinabalu, Sabah

Baru-baru ni kakak aku, member dia and husband member dia ajak aku pergi Sabah semata-mata untuk makan lobster.

Aku ulang. Semata-mata. 

Walaupun kitorang pergi sekejap je, ni ada beberapa aktiviti yang aku senaraikan kalau korang pergi Kota Kinabalu untuk 3hari 2malam.

1) Snorkeling Manukan Island and Mamutik Island
- lebih kurang 15-20min dari Kampung air (hotel) ke Jesselton Point.
- laut serius jernih gila. Coral dekat Mamutik island sangat lawa.

2) Pasar Philippine
- seafood paling best
- but local suggestkan kitorang makan area Anggun. Katanya lebih bersih and murah.
- dekat dengan pasar kering. Dekat sini korang boleh beli KUIH CINCIN and ikan masin.

3) Kampung Air
- macam pasar malam. Jual macam-macam jenis mutiara. Dari kerongsang tudung sampai la accessories.
- ada jugak perkhidmatan urut kaki
- bila siang, ada pasar bundle. Sepanjang jalan. Rambang mata oii.


Total lost (random)
Tiket Flight (pergi Air Asia, balik Malindo Air) : RM283
Hotel 3h2m : RM120/2 orang
Snorkeling : RM47 incl gst untuk 2 pulau
Urut kaki : RM20
Seafood 4 org, siap order lobster : RM240

*Tips : Jangan lupa tawar harga kalau pergi mana-mana pasar.













Sunday, 3 July 2016

KECEWA

Pernah tak kau rasa kecewa dengan manusia? Samada keluarga, kawan-kawan atau seseorang yang engkau sayang?

Sebenarnya perasaan kecewa ni muncul bukan sebab engkau dah benci tapi disebabkan kau dah penat untuk hadap dengan perangai manusia.

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah kecewa kan. Jadi, ini aku ada senaraikan cara untuk mengubati perasaan kecewa tu.

Mula-mula, kau cuba untuk hadamkan perangai manusia yang berada disekeliling kau. Then, simpan dalam hati sampai sebati dalam diri. Yang terakhir, bila dah sebati, mesti kau dah lali dengan semua perkara.

Tapi ingat, biar kecewa dengan manusia tapi jangan sesekali kau kecewa dengan yang maha pencipta kau.

4.29am
Puasa ke 28

Thursday, 16 June 2016

2 TAHUN

Fuhhhh !!

Berhabuk gila blog ni. Bersawang habis. Dekat 2 taun jugak la aku tak updated apa-apa. Nak kata busy tu takda la sangat. Maybe kekangan masa time belajar dulu kot. Ada masa terluang je memember mesti ajak melepak. Balik pulak memalam. But, its ok sebab benda-benda yang macam tu la yang aku paling rindu sekarang. Belajar dengan bekerja sangat-sangat tak sama.

Aku try updated slow-slow tau. Sebenarnya aku nak kemaskan blog ni tapi aku lupa cara la. Hahahaha !

So, sorry kalau nampak macam serabut. Aku try slow-slow.

SALAM RAMADHAN
-hari ke 11

Thursday, 9 January 2014

Tanda - tanda Jodoh Kita

Pertama,
orang yang berjodoh dengan kita walaupun selalu bersama, tidak akan ada sedikit pun perasaan bosan, jenuh ataupun tertekan. Semakin hari semakin sayang padanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia pun akan merasakan hal yang sama seperti yang kita rasakan. Rasa senang apabila bersama.
Jika berjauhan terasa ade kerinduan dan ingin berjumpa dengannya. Ketiadaan dirinya buat kita terasa seperti kehilangannya.

Kedua,
orang yang berjodoh dengan kita bersikap bersahaja dah tidak 'aneh-aneh'.
Cuba perhatikan caranya berpakaian, caranya berbicara, caranya tertawa, caranya tersenyum mahupun caranya makan dan minum.
Tidak terlalu menjaga imej. Bak kata orang, tidak terlalu nak cover-cover.
Apabila dia tampil dengan ada seadanya, yang mana tidak dibuat-buat, maka itu adalah salah satu tanda-tanda dia adalah calon pasangan hidup kita.
Jika tidak, maka anda mesti merelakan perpisahan dengannya kerana dia bukanlah jodoh yang terbaik buat diri anda.

Psst : Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Hanya Dia yang layak mengatur segalanya. Kita cuma mampu merancang. :)

Tuesday, 7 January 2014

Kenali Jodoh Anda

 1. Jodoh dari Syaitan :
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat.. Akhirnya si wanita mengandung baru kamu menikah.

2. Jodoh dari Jin :
Kamu berdua berkenalan, kamu suka pada dia, tapi dia tidak suka padamu.. Akhirnya cinta ditolak dukun bertindak, dan juga akhirnya dia mahu menikah denganmu.

3. Jodoh dari Allah S.W.T :
Kamu berdua berpandangan mata, yang akhirnya menusuk ke kalbu, Kamu meminang dia, dan dia menerima pinangan kamu, dan kamu berdua menikah... InsyaAllah kekal hingga akhir hayat, dan itulah yang di katakan syurga cinta.

Friday, 6 December 2013

Jalan Melihat DuniaMu

Malam ni aku rasa macam nak post gambar-gambar yang yang sempat dirakamkan masa pergi ZooTaiping semalam. Benda ni langsung takda dalam planning aku. Cuma.. tiba-tiba rasa nak pergi. So, aku gagahkan jugak diri ni untuk ke sana.
Nasib baik jugak la ada jiwaraga ni nak temankan and parents aku pun percaya yang aku boleh drive sendiri walaupun memula mak macam berat je nak bagi aku pergi. Maklumlah, sekarangkan musin hujan.
Tapi bak kata aku, kalau aku yakin, orang pun kena yakin jugak dengan aku.
So, inilah hasilnya. Me and soul in short travel.
























**Take Note
   -Next planning in programming. Spend more money then we can travel the world. 

Telefon Terjatuh ke dalam tandas, apa yang perlu anda lakukan??

Telefon anda terjatuh di dalam tandas? Jangan risau kerana jika dibilang termasuk juga dengan diri anda, hampir-hampir 15% manusia juga mengalami masalah yang sama.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

1) Ambil telefon anda dengan secepat mungkin - lebih lama anda biarkannya didalam air, semakin tipis harapan untuk menghidupkan ia semula.

2) Matikan telefon jika ia masih menyala. Dan jika sudah terpadam, jangan sesekali untuk menghidupkannya.

3) Keluarkan sim kad, memori kad dan bateri.

4) lapkan secara perlahan-lahan ke seluruh bahagian yang basah dengan menggunakan tuala kering.

5) Letakkan telefon tersebut di dalam bekas yang berisi beras dan biarkan ia selama 24 jam. - beras mampu untuk mengeluarkan cecair di dalam telefon tadi.

Perkara yang perlu dielakkan :

1) Jangan menggunakan hair dryer untuk mengeringkan telefon

2) Jangan mengecas semasa tempoh kuarintim.


Selamat Mencuba.

Thursday, 11 July 2013

Salam Ramadhan Al Kareem 1434H

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. pandai, " sambung Abah memaki lagi.





::Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan,banyakkan amal ibadat,rajin-rajin la ke masjid. :)


Wednesday, 3 July 2013

Memeriahkan MajlisBina Masjid

Rasa macam dah terlambat beberapa hari pulak. Padahal niat nak updated blog ni dah ada dari hari isnin haritu tapi macam-macam masalah yang datang. Line wifi tak ok la,mata ni cepat sangat mengantuklah. Tapi malam ni aku kuatkan kelopak mata ni semata-semata untuk jari ni menari-menari atas papan kekunci. Ewah! Poyo pulak ayat aku. Haha.

Pepagi buta ni aku tak rasa nak merepek panjang-panjang. Sebabnya aku memang dah niat nak post gambar kenang-kenangan masa aku pergi kenduri kahwin adek member aku dekat Jerantut,Pahang. Merasalah datang kenduri orang pahang. Hehe.



Pasangan pengantin diapit oleh bidadari. Tema warna merah.


Ni adalah antara class mate aku. Boleh pilih kalau korang nak jadikan dorang ni isteri or ipar. Hehe.


Depan pintu utama pun sempat lagi nak cari populariti. Eh,kenapa dengan yang belakang tu?


Saja nak tangkap gambar khemah. Cer cari mana korang? :D


Banyak gila lauk. Makan. Makan. Makan.


Keep smile


Smile like a diamond. Eh!


Last picture. Gila time nak balik sebab terlebih makan lembu dengan kerbau.


Sebab-sebab kenapa aku suka pergi kenduri kahwin? Mungkin sebab boleh tangkap gambar banyak-banyak kot. And mungkin boleh feeling-feeling nak kahwin jugak. Entah bila agaknya masa aku. Kalau mak aku baca apa yang aku tulis ni,confirm kene parang. Belum habis belajar dah gatal nak berangan kahwin. Haha! 

Oklah,mata pun dah mengantuk sangat. Masa untuk berdengur. Hadap langit,renung bulan bintang,ucapkan syukur. Moga kita bakal dikurniakan udara untuk bernafas hari esok. Selamat malam! 






Friday, 28 June 2013

Tiup Habuk

Hye! Rasanya dah lama jari ni tak menari-nari atas keyboard. Blog ni pun nampak dah macam bersawang. Tiup sikit. Fuuhhhh!~ Ok,dah kurang sikit habuk.

Takda apa pun sebenarnya nak tulis. Saja singgah jalan-jalan dekat sini. Yuhoo. Tapi harini aku rasa macam happy sikit sebab result operating management aku dapat A. Patut ke aku happy? Rasanya patut sebab tu usaha aku. Jangan salah sangka,aku bukan nak bangga tapi cuma nak bagitau je. Perkara yang happy-happy ni kene la berkongsikan. Haha!

Tapi malam ni aku sedikit sakit hati. Apasal Teduhan Kasih episode 25 dengan 26 tak boleh nak download ni. Aku nak tatap muka Ehsan sebelum tidur la oii. Cop! Esok kelas aku pukul 8pagi la. Masa untuk tidur sekarang. Selamat Malam sekalian manusia. :)


Flying kiss~

Saturday, 16 February 2013

Kuala Lumpur,here I come!

Baru-baru ni sebelum balik Perak,aku berkesempatan berjalan-jalan sambil membeli belah ditempat orang. Selalu kalau turun KL,aku takkan singgah kemana sebab nak kejar bas. Tapi disebabkan haritu aku dapat tiket ke Perak pukul 7.30malam,why not aku berjalan kan? Lagipun aku sampai dekat Pekeliling pukul 10.45pagi. Takkan nak buang masa duduk dekat Pudu je. So,ni lah hasil perjalanan aku selama sehari suntuk sampai tersesat-sesat. Jeng jeng jeng..


At Masjid India. Sempat belek cari casing handphone baru.
 Ngee~

Sempat lagi snap gambar dekat kawasan yang dipenuhi manusia.


Beliau terlalu sibuk mencari baju sehingga tidak
perasan gambarnya telah berjaya dirakam lensa. Haha.



Cantik kan? Kita nak satu boleh tak? Hadiahkan lah. :D



Aasa jalan-jalan dekat Central Market or Pasar Seni,kita terjumpa gambar ni.
Uncle, U looks so sexy! Haha.



Pura-pura buat aksi cute. Agak annoying disitu.


1,2,3. Smile! :D
Cannot say anything. Just 'peace'



Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai!























Monday, 6 August 2012

DARI HAWA UNTUK ADAM




Wahai pemilik tulang rusukku
Aku inginkan seseorang yang boleh menerima semua kekuranganku
Sepertimana aku menerima dirinya seadanya
Aku juga inginkan seseorang yang boleh mencintaiku
Tetapi tidak melebihi  nilai cintanya kepada Allah dan nabi

Aku inginkan seseorang yang sentiasa ada
Biarpun ketika aku susah mahupun senang
Seseorang yang akan sentiasa mendengar dan boleh berkongsi
Setiap rasa suka dan duka

Aku tak berharapkan harta kekayaan atau rupa paras
Kerana harta pada suatu hari nanti akan habis jua
Dan rupa paras tidak akan kekal selamanya
Namun aku mengharapkan seseorang yang boleh membimbingku
Seandainya suatu hari nanti aku tersasar dari jalan yang Maha Penciptaku

Ya Tuhan
Jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Tetapi jika dirinya bukanlah untukku
Damaikanlah dan redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu
Kerana jodoh dan pertemuan hanyalah rahsianyaMu




Saturday, 21 July 2012

KELEBIHAN BERPUASA




Kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan
·         dijanjikan pengampunan dosa seperti sabda Nabi S.A.W, “Barang sesiapa yang yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu”
-surah Al Bukhari : 38, Muslim : 175

·         dijanjikan syurga dalam sabda Nabi S.A.W, “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, danberpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga”
-surah Al-Bukhari : 2637


Kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan

·         Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia
·         Puasa akan memanjangkan umur
·         Puasa akan membersihkan diri dari dosa
·         Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah
·         Puasa boleh menurunkan berat badan
·         Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata


v  SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH KESABARAN

Friday, 8 June 2012

BENAR CINTA - SELAMAT PAGI CINTA



Cinta..
Aku masih mengharapkan cintanya
Biarpun dia tak pernah peduli
Tentang rasa cinta dihati ini..

Cinta..
Masih ada cinta untuknya..
Cinta suci yang sejati
biar janji tiada terpatri

Aku sayang padanya..
Terlalu mencintainya..
Bukan untuk seketika..
Tapi untuk selama-lamanya..

Tapi cinta..
Aku tidak mahu simpati daripadanya..
Dan ingatlah cinta..
Aku tak peduli tentang kebenciannya..

 Melupakanku itu pilihannya..
Melupakannya tidak bagiku..
Kerana aku sangat meyakini..
Tentang cinta dihati ini..

Cintaku ini takkan terhenti..
Biarpun diri ditinggal pergi..
biarlah aku sendirian disini..
ditemani cinta yang masih menanti..

cinta,cinta,cinta..
aku cinta kau  sekarang dan selamanya.. 

Friday, 18 November 2011

3HARI 2MALAM DI PULAU PANGKOR

Baru-baru nie aku sekali lagi berkesempatan bercuti dekat Pulau Pangkor..bukan ape,nie lah tempat percutian yang paling dekat dengan rumah aku selain dapat save budget..haha! Perjalanan dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa kira-kira 20minit..sepanjang berada dekat sana banyaklah jugak tempat-tempat yang dapat aku melawat bersama tourist guide tak bergaji aku nie contohnya macam gambar-gambar dekat bawah..


:: jeti nie tak boleh masuk sebenarnya sebab pagar kat luar berkunci tapi member aku pandai2 bukak kunci tu so baru lah kitorang dapat masuk..



:: nie la kawasan menunggu boat persendirian..



:: sekitar jeti di Pangkor Island Beach Resort



:: pantai teluk nipah



:: kota belanda..cantik sangat susun bina binaan dekat situ..



:: kota belanda



:: gambar poyo aku..haha!




:: my bestfriend forever and ever..



:: agak-agak kalau terjun apa yang akan jadi..?



:: dalam kawasan  fu lin kong.



:: kawasan hadapan fu lin kong



:: time nak balik tiba-tiba terjumpa dengan pakcik nie sorang-sorang tengah pancing so ape lagi snap picture la..haha!


-memang seronok dapat jalan-jalan tengok tempat sendiri..next sem pergi holiday tempat laen la pulak..( macam banyak duet je kan,haha.. )